DISCLAIMER: Any articles or comments or pictures are on writers individual capacity as to be taking part in DISCUSSION & ONLINE COMMUNITIY LEARNING purposes ONLY.
SPM 2017: Semua warga SMKPJ mengucapkan selamat berusaha buat semua calon SPM 2017. Jangan putus asa dan teruskan usaha untuk berjaya. #kipidap
Friday, August 7, 2009

Dua pelajar di Teluk Intan sah H1N1

TELUK INTAN 6 Ogos

Dua pelajar sekolah di sini dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan (HTI) selepas didapati positif menghidap selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Seorang jurucakap HTI mengesahkan perkara itu setelah melakukan pemeriksaan ke atas 85 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perak yang disyaki dijangkiti virus tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan itu menyebabkan HTI sesak selama beberapa jam bagi membolehkan petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan dan menangani kes tersebut.

Dalam pada itu, sebanyak 75 murid merupakan pelajar SK Kampung Bahagia manakala 10 pelajar dari SMK Sri Perak.

Mereka dibawa ke hospital pada kira-kira pukul 8 pagi oleh guru kelas masing-masing berikutan kebimbangan dijangkiti virus pandemik tersebut.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Countdown To PMR

Countdown To SPM