DISCLAIMER: Any articles or comments or pictures are on writers individual capacity as to be taking part in DISCUSSION & ONLINE COMMUNITIY LEARNING purposes ONLY.
Swine Flu (H1N1) alert: Please avoid crowds area, reduce external activity, covering your nose and mouth with a tissue when coughing or sneezing and throwing it away afterwards followed by hand washing.
Monday, July 27, 2009

Ribuan hadir pengebumian Yasmin


SUBANG JAYA 26 Julai - Jenazah Allahyarham Yasmin Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, di sini sebelum solat Zuhur dengan dihadiri oleh kira-kira 1,000 kenalan termasuk saudara mara.

Jenazah sebelum itu dimandi serta dikapan sebelum disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19 kira-kira pukul 9.45 pagi. Dalam hujan renyai-renyai, ratusan kenalan, peminat dan kenamaan khususnya dalam industri seni tempatan tidak berganjak sehingga van membawa keluar jenazah.

Antara yang memberi penghormatan terakhir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Senator Tan Sri Jins Shamsudin dan Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin.

Rakan artis yang hadir ialah Dr. Wan Zawawi Ibrahim, Rubiah Suparman, Habsah Hassan, Yasmin Yusof, Maya Karin, Rosyam Noor, Raja Azura, Jacklyn Victor, Fatimah Abu Bakar bersama anak-anaknya yang pernah membintangi filem-filem arahan Yasmin.

Allahyarham Yasmin, 51, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara (HPD) pada pukul 11.25 malam tadi, akibat pendarahan dalam otak setelah diserang strok.

Khamis lalu, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara selepas tidak sedarkan diri ketika membentangkan kertas kerja di TV3, Bandar Utama di sini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Countdown To PMR

Countdown To SPM