DISCLAIMER: Any articles or comments or pictures are on writers individual capacity as to be taking part in DISCUSSION & ONLINE COMMUNITIY LEARNING purposes ONLY.
SPM 2017: Semua warga SMKPJ mengucapkan selamat berusaha buat semua calon SPM 2017. Jangan putus asa dan teruskan usaha untuk berjaya. #kipidap
Tuesday, July 28, 2009

Makluman Guru

Kesatuan setuju guru terbabit politik
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Majlis
Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyokong cadangan
untuk golongan pendidik diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti
politik serta memegang jawatan dalam parti.
Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, bagaimanapun, mahu supaya hanya
golongan pendidik Gred 41 hingga Gred 48 dibenarkan untuk berpolitik, manakala
mereka yang berada pada Gred 48 ke atas perlu menumpukan kepada pelaksanaan
pembangunan pendidikan.
Beliau berkata, sudah tiba masanya golongan guru diberikan kebebasan berpolitik kerana
ramai dikalangan mereka berpengetahuan dan mempunyai pemikiran kritis.
“Sekiranya golongan ini berpolitik, mereka mampu memberi sumbangan besar kepada
sistem pendidikan negara,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Countdown To PMR

Countdown To SPM