Perhatian kepada semua pengunjung blog ini... terima kasih tak terhingga diatas segala sumbangan dan dorongan secara langsung ataupun tidak langsung selama ini. Disini, saya selaku pencipta blog ini mengumumkan pembukaan laman rangkaian terbaru SMKPJ. Semua pengunjung diminta agar dapat mengunjungi
SMK PERWIRA JAYA
(New Network Site Under ning.com).
Sila daftar dan kemaskini segala maklumat yang dikehendaki.
Sila kemukakan sebarang masalah kepada saya di joejoney@gmail.com
Sekian, harap maklum.
TAHNIAH......
KPD PEMENANG TEMA DINNER FAMILY DAY.
JGN ADA YANG JELOUS. JUST A PART OF GAME.
HE.HE.HE.HE.
Tahukan anda bahawa belajar melalui tontonan merupakan salah satu gaya belajar (learning styles) yang boleh membawa kesan dalam proses pembelajaran. Rancangan televisyen terutamanya yang memaparkan keadaan alam, benda, manusia, haiwan dan kejadian fenomena alam merupakan nilai tambah terhadap pengetahuan pada topik pembelajaran di sekolah.
Kini rancangan video boleh dimainkan semula pada perkakasaan tertentu mengikut format masing-masing sama ada dalam bentuk paparan klip video di skrin komputer, Video-CD (VCD), DVD atau pita video.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan EduwebTV yang banyak menyediakan rancangan berbentuk rencana, wawancara dan berita yang boleh dimuat turun untuk tujuan tontonan.
Justeru, murid-murid harus mengambil peluang untuk menonton klip video tersebut yang berkaitan dengan pelajaran. Anda harus lakukan perkara-perkara berikut agar klip video tersebut dapat digunakan secara lebih berkesan.
• Memilih tajuk: Anda harus bijak memilih tajuk. Tajuk yang dipilih perlulah berkaitan dengan topik-topik mata pelajaran yang dipelajari di sekolah.
• Pra tontonan (sebelum) : Pada peringkat ini anda harus memahami topik yang berkaitan dengan klip video yang dipilih. Dengan cara ini ia dapat membantu daya tumpuan anda ketika menontonnya.
• Semasa tontonan: Ketika menonton pastikan anda mencatat maklumat penting seperti istilah-istilah yang digunakan, objek yang terdapat dalam tayangan tersebut dan isipati penerangan yang diberikan. Anda juga harus mencatat perkara-perkara yang tidak difahami termasuk istilah-istilah yang digunakan, proses yang dijalankan atau peristiwa yang berlaku.
• Pasca tontonan (selepas): Selepas menonton anda harus melihat semula catatan yang dibuat. Senaraikan istilah, proses atau peristiwa yang terdapat dalam tayangan video tersebut. Semak catatan tadi dengan nota yang diberikan oleh guru atau maklumat yang terdapat dalam buku teks. Sudah pasti maklumat yang anda peroleh melalui tontonan tadi mampu memantapkan lagi pemahaman anda terhadap topik pembelajaran di sekolah. Jika maklumat yang dikumpul itu mengelirukan anda harus bertindak pantas berjumpa dengan guru untuk mendapatkan penerangan dan penjelasan.
Sesungguhnya maklumat pembelajaran boleh disalurkan melalui pelbagai media sama ada yang bercetak, secara lisan, tulisan, bunyi atau melalui tontonan. Walau bagaimanapun setiap media yang digunakan haruslah mengikut etika yang tertentu dan jangan sampai ia disalahgunakan.
readmore »»“Asalamualaikum cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, kita sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.
Menghormati guru sama seperti kita menghormati kedua ibu bapa kita. Guru berada bersama aktiviti murid selama hampir enam jam sehari. Jumlah ini tidak termasuk waktu menjalankan ko-kurikulum.
Guru bukan sahaja menjalankan tugas untuk mengajar tetapi mempunyai berbagai tanggungjawab yang lain.
Pembimbing: Guru kita ialah seorang pembimbing yang sentiasa memberi nasihat, tunjuk ajar dan pedoman ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kata-kata nasihat yang diberikan tidak seharusnya diambil ringan. Ia harus dihormati dan digunakan dalam kehidupan. Ia juga merupakan seorang motivator yang sentiasa membakar semangat murid-murid ketika berada dalam keadaan yang kecewa untuk terus berusaha menghadapi cabaran dan menempah kejayaan.
Penjaga: Selain daripada pembimbing guru juga merupakan seorang penjaga kerana pada masa itu ibu bapa murid sedang bekerja. Oleh itu sebagai seorang penjaga tindakan mereka samalah seperti tindakan ibu bapa murid-murid sendiri. Ada ketikanya seseorang guru itu marah dan mengenakan denda sekiranya murid-murid melakukan kesilapan atau melanggari peraturan sekolah. Ada ketikanya pula guru-guru akan gembira dan memberi ganjaran jika murid-muridnya berkelakuan baik dan menumpukan segala perhatian terhadap pelajaran.
Pemudahcara: Guru juga merupakan seorang pemudahcara iaitu menyelesaikan masalah murid terutamanya dalam pembelajaran. Murid bebas bertanya kepada guru tentang masalah pembelajarannya sekiranya murid tidak memahami sesuatu topik. Walau bagaimanapun usaha yang gigih dan ikhlas daripada murid perlulah digandakan dan janganlah terlalu mengharapkan bantuan guru semata-mata. Dengan hanya mengharapkan bantuan guru sahaja akan menjadikan seseorang murid itu malas.
Guru tidak meminta apa-apa balasan daripada murid atas segala tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Harapan mereka agar segala tindakan yang mereka lakukan itu dapat dihargai oleh murid-murid dengan mengikuti segala nasihat yang diberi dan digunakan dalam kehidupan.
readmore »»TELUK INTAN 6 Ogos
Dua pelajar sekolah di sini dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan (HTI) selepas didapati positif menghidap selesema babi atau Influenza A (H1N1).
Seorang jurucakap HTI mengesahkan perkara itu setelah melakukan pemeriksaan ke atas 85 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perak yang disyaki dijangkiti virus tersebut.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan itu menyebabkan HTI sesak selama beberapa jam bagi membolehkan petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan dan menangani kes tersebut.
Dalam pada itu, sebanyak 75 murid merupakan pelajar SK Kampung Bahagia manakala 10 pelajar dari SMK Sri Perak.
Mereka dibawa ke hospital pada kira-kira pukul 8 pagi oleh guru kelas masing-masing berikutan kebimbangan dijangkiti virus pandemik tersebut.
readmore »»KUALA LUMPUR 6 Ogos
Dua lagi kematian membabitkan wabak selesema babi atau influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan angka korban akibat pandemik itu meningkat kepada 14 orang di seluruh negara.
Dua kematian terbaru itu ialah masing-masing satu kes di Pahang dan Putrajaya hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kematian ke-13 itu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang telah mengalami gejala demam, sakit tekak dan selesema pada 24 Julai lalu.
"Kanak-kanak itu telah mendapat rawatan di klinik swasta. Dia kemudian mengadu mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 31 Julai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, kanak-kanak itu kemudiannya disahkan menghidap H1N1 pada 2 Ogos lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sehari selepas itu.
"Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari semalam," katanya.
Sementara kes kematian ke-14 pula melibatkan seorang pesara lelaki berusia 57 tahun yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Beliau berkata, lelaki berkenaan telah dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya kelmarin setelah mengalami demam, batuk dan sesak nafas.
Lelaki itu yang kemudiannya disahkan dijangkiti H1N1 bagaimanapun disahkan meninggal dunia semalam akibat jangkitan itu.
Dalam pada itu, Mohd. Ismail berkata, terdapat 16 kes baru H1N1 yang dilaporkan hari ini dan kesemuanya berpunca daripada jangkitan tempatan.
Angka itu menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 sehingga kini adalah sebanyak 1,492 dengan 14 kes kematian sehingga setakat ini.
readmore »»Peniaga pasar tani terkejut anak terima Anugerah Pelajaran Diraja
PUTRAJAYA 2 Ogos - Dua peniaga pasar tani dari Kluang, Johor, terkejut apabila anak mereka, Nurul Khairunissa Esman, 23, diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini semalam.
Md. Sahad Ahmad, 58, dan isterinya, Suriah Abas, 42, sebelum ini tidak diberitahu oleh anaknya mengenai penerimaan anugerah itu.
''Nurul cuma menjemput kami untuk menghadiri majlis konvokesyen di Putrajaya dan tidak memberitahu bahawa dia akan menerima anugerah.
''Saya dan isteri terkejut apabila Nurul diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja, kami amat gembira dengan kejayaan itu,'' kata Md. Sahad ketika ditemui selepas menghadiri majlis Konvokesyen USIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.
Nurul Khairunissa berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan purata nilai gred kumulatif (PGNK) 3.95 dan memasuki Senarai Dekan pada setiap semester.
Dia sengaja merahsiakan kejayaan itu daripada ibu bapanya kerana mahu merancang satu kejutan untuk mereka.
Menurutnya, penerimaan Anugerah Pelajaran Diraja amat bermakna kerana dia berjaya menyempurnakan pesanan terakhir arwah ayah kandungnya.
''Anugerah ini amat bermakna kepada saya kerana antara pesanan terakhir arwah ayah ialah dia mahu saya belajar sehingga ke peringkat tertinggi yang mampu.
''Ayah meninggal dunia semasa saya belajar dalam darjah tiga,'' katanya.
Nurul Khairunissa memberitahu, dia akan mencari kerja dan menimba pengalaman sebelum meneruskan pelajaran pada tahap yang lebih tinggi.
''Saya ingin memberi laluan kepada adik-adik lain yang juga mahu melanjutkan pengajian ke peringkat universiti,'' katanya.
Sementara itu, Ahmad Tarmizi Mahmud dari Dungun, Terengganu, yang mengikuti pengajian Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa juga dipilih sebagai pemegang Anugerah Pelajaran Diraja USIM.
Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU), Muhamad Al Hafis Zakaria yang mengikuti pengajian Sarjana Muda Komunikasi juga berjaya mencuri tumpuan apabila kekurangan fizikal tidak menghalangnya untuk menerima ijazah.
''Saya sebelum ini telah menjalani latihan praktikal di stesen televisyen tempatan dan bercita-cita untuk bekerja dalam bidang penyiaran,'' katanya.
readmore »»
Upacara mendenda pelajar-pelajar yang tidak hadir Bengkel Matematik.